“Hmm adakah harga XRP akan naik, turun atau mendatar masa acara itu nanti?”
Seperti kebanyakan firma mata wang kripto lain, Ripple (XRP) turut mempunyai tarikh dan acara penting pada 8 sehingga 9 November 2023 yang mungkin dapat mendorong aset digital itu mendaki lebih tinggi daripada harga semasanya.
Ahli terkemuka komuniti dipanggil XRP Captain yang memiliki lebih 57,000 pengikut di platform X pada hari Khamis semalam telah menyiarkan screenshot berkenaaan acara Ripple Swell yang berjaya menarik perhatian ahli komunitinya.
Hal ini kerana XRP Captain telah menulis kapsyen seperti “Save The Date #XRP Could Make History On This Date”, jadi di sini dapat dilihat bahawa beliau menjangkakan harganya akan mendaki disebabkan peristiwa itu.
Ripple Swell adalah acara dua hari yang diadakan oleh Ripple setiap dua tahun untuk bantu mengumpulkan pelanggan, rakan kongsi termasuk prospek tetapi perlu diketahui hanya mereka yang dijemput sahaja boleh hadir.
Pada tahun 2020 hingga 2021, acara itu telah diadakan secara maya tetapi kali ini kembali menjadi persidangan secara peribadi yang akan diadakan di Dubai, di mana 40 wakil daripada negara akan hadir termasuk 80 penceramah serta lebih 600 hadirin.
Antara topik yang diliputi pada acara itu adalah masa depan kripto, peraturan, pembayaran, pematuhan serta Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).
Bukan itu sahaja, Ripple Swell turut akan merangkumi pelbagai topik daripada pelanggannya, ahli pasukan dan pemimpin pemikir industri untuk mendedahkan bagaimana institusi kewangan serta perniagaan dapat memanfaatkan teknologi kripto termasuk blockchain.
Namun, tiada petunjuk sama ada acara itu sebenarnya akan beri sebarang kesan ke atas XRP atau tidak , tetapi harganya mampu melihat reaksi positif sekiranya Ripple membuat pengumuman penting seperti IPO.
Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 0.53% pada paras $0.55 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $29 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 6.24 sepanjang minggu lepas.