“Susah sebenarnya nak agak BTC ke mana masa halving, kita kena bersedia je la.”
Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance yang kini lebih tertumpu pada halving mata wang kripto Bitcoin (BTC) telah meramalkan paras tertinggi baharu bakal dicapainya selepas acara itu berlaku.
Namun perlu diketahui CZ telah memberi beberapa nasihat bukan kewangan untuk individu yang lebih berminat FOMO dan bertindak terburu-buru.
Kemudian, CZ baru-baru ini turut berkongsi beberapa pendapatnya tentang situasi yang boleh terjadi apabila acara halving BTC semakin dekat susulan beliau pernah mempunyai pengalaman tiga kali halving pada masa lalu.
Beliau berkata pelabur kripto mampu menghadapi banyak tekanan ketika acara halving BTC kerana berita, gembar-gembur, kebimbangan atau harapan melalui media sosial dapat meningkatkan sentimen kenaikan atau penurunan harga.
Bagaimanapun, keadaan tersebut dapat membenarkan pengguna mengembangkan portfolio BTC mereka atau meletakkan pertaruhan besar yang mungkin tidak berjalan seperti diharapkan.
Meskipun begitu, CZ memberi amaran bahawa pasaran kripto boleh menjadi tidak menentu dan sukar untuk diramalkan, oleh itu pelabur mungkin terkejut sekiranya harga BTC tidak berganda dalam sekelip mata.
Tambahnya lagi, BTC boleh mencapai paras tertinggi seterusnya tetapi semasa acara halving pada Mei 2020, harganya hanya naik sekitar $8,000 kemudian pada suku pertama 2021 baru aset digital itu mendaki sebanyak 231% pada $29,000.
Walaupun terdapat penurunan berterusan dalam pasaran kripto pada masa ini, BTC berjaya meningkat daripada $16,000 pada Januari 2023 kepada $27,545 iaitu pemulihan kira-kira 66%.