Minyak mentah dilihat menyambung kejatuhan ke paras terendah untuk tiga bulan berturut-turut berikutan ramalan penggunaan dan permintaan petrol di Amerika Syarikat berkurangan.
Minyak mentah Brent merosot kepada 80 USD per tong selepas penurunan 4.2% pada Selasa lepas.
Mengikut ramalan Federal Reserve (FED), permintaan petrol AS akan mencapai paras terendah pada 20 tahun ke hadapan disebabkan faktor inflasi dan kurang penggunaan enjin.
Penurunan harga minyak telah dipengaruhi oleh konflik besar di Timur Tengah (Israel-Hamas), ekonomi China yang tidak stabil dan kebimbangan baharu mengenai langkah pengetatan FED.
Dari segi bekalan, penghantaran ke Rusia dilihat menghampiri paras tertinggi untuk empat bulan. Manakala, data industri menunjukkan stok minyak mentah AS meningkat hampir 12 juta tong pada minggu lepas.
Minyak mentah di hab Cushing, Oklahoma meningkat sebanyak 1.1 juta tong pada minggu lalu mengikut laporan American Petroleum Institute (API) pada Selasa lepas.
Pentadbiran Maklumat Tenaga akan mengeluarkan data rasmi pada 15 November dan ia akan menjadi peningkatan terbesar sejak Jun 2023.
Walau bagaimanapun, OPEC+ kekal optimis mengenai permintaan minyak mentah menjelang mesyuarat menteri dengan Arab Saudi dan Rusia yang berpotensi melanjutkan pemotongan bekalan tambahan pada 2024.