Ripple & Onafriq Bekerjasama, Banyak Negara Bakal Guna Perkhidmatan Pembayarannya!

522

“Perkembangan yang sangat baik, adakah ini salah satu petanda untuk harga XRP naik lagi?”

Sejurus selepas mencapai $0.73, mata wang kripto Ripple (XRP) kini mula bergerak mendatar di mana harganya masih berlegar-legar antara julat $0.67 dan $0.69 yang merupakan zon rintangan kuatnya sebelum ini.

Namun, XRP telah memeterai perjanjian bersama penyedia pembayaran mudah alih Afrika dipanggil Onafriq bagi menggerakkan pembayaran baharu antara 27 negara Afrika termasuk Australia, United Kingdom (UK) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Onafriq bersama tiga firma rakan kongsi bakal mengaplikasikan teknologi blockchain Ripple Payments, di mana Zazi Transfer akan menyediakan perkhidmatan pemindahan ke Australia manakala PayAngel pula berkhidmat di UK.

Kemudian, Pyypl akan menyediakan perkhidmatan kepada negara anggota GCC Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Naib Presiden Kanan Ripple Aaron Sears, Afrika Sub-Sahara telah terbukti menggunakan kripto secara besar-besaran susulan pengguna di negara seperti Nigeria, Kenya dan Afrika Selatan mengaplikasikan aset digital untuk pelbagai tujuan di dunia sebenar.

Suka dimaklumkan bahawa Pyypl sudah menjadi rakan kongsi XRP dalam penyelesaian kecairan atas permintaan (ODL) dan Onafriq turut menyepadukannya.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, XRP yang sudah mencapai $0.68 harus melepasi zon rintangan seterusnya pada $0.73 untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi sehingga $0.95, tetapi perjalanan ke paras itu mungkin memakan masa dan harganya boleh buat pullback.

Sebaliknya, XRP juga boleh menghadapi penurunan ke paras $0.60 ataupun $0.58 jika harganya gagal untuk tembus zon rintangan tersebut, dan kini aset digital itu didagangkan pada $0.68 seterusnya merekodkan pendakian 13.04% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat