GBP/USD Kekal ‘Bearish’ Di Bawah Zon $1.2300

305

Trend pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih dilihat bearish setelah penurunan harga yang bermula sejak awal minggu.

Tumpuan di sesi Eropah terarah kepada ucapan oleh gabenor bank pusat England (BOE) Andrew Bailey, namun kenyataan yang disampaikan beliau tidak memberi impak terhadap pergerakan Pound.

Manakala di sesi New York pula, ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Washington DC pula diberikan tumpuan.

Namun, mengecewakan pelabur apabila tiada petunjuk disampaikan Powell berkenaan dasar monetari bank pusat selanjutnya.

Justeru itu, US dolar dilihat bergerak lemah berbanding Pound di sesi New York semalam menyaksikan kenaikan harga berlaku.

Pada mulanya harga dilihat membuat penurunan dari paras 1.23000 mencecah paras sekitar 1.22400, namun berpatah arah membuat kenaikan semula ke 1.23000.

Dilihat menjadi rintangan semasa buat harga, paras 1.23000 masih menjadi penghalang harga untuk meneruskan pendakian.

Sebaliknya, harga berlegar perlahan di bawah zon tersebut sambil menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD pada sesi Asia pagi ini (Khamis).

Sekiranya penurunan lebih rendah berlaku, harga berkemungkinan akan mengatasi paras dicecah semalam sebelum melanjutkan penurunan ke sekitar 1.22000.

Pergerakan bearish yang diteruskan lebih rendah akan menjangkakan harga untuk mencecah semula support 1.21000.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan di atas zon 1.23000, halangan MA50 yang ditembusi juga akan menjadi isyarat perubahan trend bullish semula buat harga.

Kenaikan bakal diteruskan untuk menuju zon rintangan pada 1.24000 yang telah diuji pada dagangan awal minggu.

Pelabur akan berwaspada menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi UK pada sesi Eropah esok hari (Jumaat) yang bakal pengaruhi pergerakan Pound.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat