Harga minyak dilaporkan alami penurunan yang berterusan sejak Selasa lalu yang disebabkan oleh peningkatan bekalan minyak oleh Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan terhadap permintaan tenaga China yang perlahan.
Minyak mentah Brent turun 48 sen kepada $80.70 per tong dan minyak mentah West Texas Intermediate juga susut 53 sen kepada $76.13 per tong. Kedua-duanya jatuh melebihi 1.5% pada sesi sebelum ini.
Kontrak minyak mentah WTI yang dianggap sebagai kontango akan diperdagangkan di bawah harga kontrak untuk dua bulan. Ini menandakan bahawa para pelabur mengharapkan kenaikan harga dengan diskaun 17 sen untuk bulan kedua.
Menurut penganalisis pasaran CMC Markets, Tina Teng berpendapat bahawa harga minyak mengalami tekanan tambahan kerana kebimbangan terhadap penghasilan minyak mentah AS yang mencecah paras tertinggi dan pertambahan terhadap permintaan yang merisaukan.
Stok minyak mentah meningkat sebanyak 3.6 juta tong kepada 421.9 juta tong minggu lalu. Menurut maklumat daripada Energy Information Administration (EIA), ia jauh melebihi jangkaan penganalisis menerusi tinjauan Reuters untuk kenaikan 1.8 juta tong.
Kini, AS masih kekal menghasilkan 13.2 juta tong minyak mentah setiap hari.
Pada Oktober, kilang pengeluar minyak China agak lambat berbanding bulan sebelumnya disebabkan oleh penurunan permintaan industri bahan bakar dan margin penapisan mengecil.
Namun, ekonomi China menunjukkan peningkatan pada bulan lepas dengan pertumbuhan industri yang cepat dan hasil jualan runcit yang melebihi jangkaan.
Jun Rong Yeap, Pegawai Strategi Pemasaran IG mengingatkan untuk mengambil kira bahawa dinamik supply-demand telah berkurang dan menyebabkan pelepasan posisi ‘bullish’ sebelumnya.