Tinjauan Pasaran Emas : XAU/USD Menunggu Petunjuk Akhir

1,292

[Artikel Tajaan]

Pengeluaran data “Retail Sales” bagi Oktober semalam dilihat menunjukkan sedikit defisit sekaligus memberi petunjuk baharu bahawa ekonomi di Amerika kini sedang menuju ke arah “soft landing”. Ia bermaksud satu kitaran ekonomi di mana menunjukkan ke arah perlahan bagi mengelakkan kemelesetan terjadi. Oleh yang demikian pasaran mentafsirkan bahawa Dolar Amerika kini berada di ambang “permintaan” dan menunjukkan amaran terhadap pelabur emas.

Seperti yang sedia maklum, data-data ekonomi bukanlah bersifat “single indicator”, akan tetapi ia bersifat “connecting the dot”. Oleh itu pada malam ini, data pengangguran, Philly Fed Manufacturing Index dan Industrial Production bakal menjadi pelengkap didalam kitaran bacaan data inflasi bagi Amerika.  Sebagai tambahan, data “jobless claims” dilihat telah berlaku peningkatan bacaan sebanyak 6 kali pengeluaran berturut-turut, dan jika malam ini bacaan dilihat kekal meningkat maka ia akan memberikan petunjuk yang jelas bahawa cabaran baharu akan wujud di dalam pasaran buruh negara itu.

Selain itu juga pada malam ini beberapa ahli  Fed “San Francisco Fed President dan Mary Daly” akan ditemu bual pada malam ini secara langsung bagi membincangkan “adakah kadar faedah sudah cukup bagi mendorong inflasi ke paras 2% sasaran”. Sebarang petunjuk yang diberikan mampu memberikan rangsangan terhadap peluang jangka pendek di dalam pasaran emas.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian $1970 kini dilihat menjadi harga rintangan bagi “bullish” terhadap pasaran emas. Namun jika paras rintangan harga ini berjaya dipecahkan maka secara tidak langsung kuasa pembeli dilihat akan terus meningkat hingga sekurang-kurangnya mencapai paras $1990. Akan tetapi jika $1950 berjaya ditembusi, perhentian seterusnya dilihat akan terjadi di paras harga $1930. Pengeluaran data pada malam ini akan menjadi peneraju terhadap pasaran emas. Untuk mengelakkan terperangkap di dalam votaliti pasaran, penulis menasihatkan untuk melakukan dagangan selepas jam 11.00 malam (waktu Malaysia).

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat