Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyambut baik laporan inflasi yang terus menunjukkan tekanan harga semakin mereda di negara itu.
Ujar Biden dalam kenyataan terbaru pada Selasa, tekanan harga sedang menurun dan beliau berharap ia akan kembali normal menjelang akhir 2023.
Sungguhpun begitu, beliau memberi amaran bahawa usaha untuk menurunkan inflasi meningkatkan potensi kemelesetan, mengatakan ia tidak sepatutnya diambil mudah.
Biden menekankan matlamatnya adalah untuk mengawal kenaikan harga tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan menurunkan inflasi sambil memastikan pasaran buruh berdaya tahan.
Tambah beliau, harga bagi kebanyakan barangan masih tinggi tetapi harga gas kini dilihat lebih rendah berbanding setahun lalu, manakala inflasi makanan pula meningkat dengan perlahan pada bulan lepas.
Indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat kurang daripada jangkaan untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan November setelah mencapai kemuncaknya pada Jun lalu 9.1%.
Ini sekali gus memberi gambarang untuk kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan daripada Federal Reserve (Fed) yang akan membuat keputusan penetapan dasar pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).