Rusia akan meningkatkan potensi ketenteraannya dengan pertambahan lebih 30% dalam saiz angkatan tenteranya pada 2023.
Cadangan tersebut mendapat sokongan daripada Presiden Vladimir Putin yang mengatakan akan melaksanakan perbelanjaan tanpa had untuk perang di Ukraine.
Menteri Pertahanan Sergei Shoigu mengusulkan cadangan untuk meningkatkan angkatan tentera kepada 1.5 juta daripada 1.15 juta anggota pada persidangan akhir tahun pada Rabu.
Shoigu memberitahu Putin bahawa pertambahan ini diperlukan untuk menjamin penyelesaian masalah yang berkaitan dengan keselamatan ketenteraan Rusia.
Ekoran itu, Putin menandatangani dekri yang mengarahkan bilangan tentera ditambah sebanyak 137,000 mulai 1 Januari 2023 untuk mencapai tahap 1.15 juta
Ia juga termasuk cadangan untuk merangka lebih 300,000 pasukan simpanan dalam usaha mobilisasi kontroversi untuk menyokong pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Selain itu, Shoigu turut mencadangkan untuk menaikkan purata umur perkhidmatan ketenteraan wajib Rusia dalam melindungi warganegara berumur 21-30 tahun.
Tindakan terbaru itu dibuat ketika Presiden Ukraine Volodymyr terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Presiden Joe Biden.
Biden juga mengumumkan bantuan ketenteraan tambahan untuk Ukraine sebanyak $1.85 bilion pada Rabu, termasuk pemindahan Sistem Pertahanan Udara Patriot.
Rentetan itu, Kremlin memberi amaran kepada Washington atas tindakan memberi lebih banyak bantuan senjata kepada Ukraine hanya akan menyemarakkan lagi perang yang telah berlangsung 10 bulan itu.