Giliran Token Ini Pula Jadi Mangsa SEC!

152

“Kalau dengan SEC, semua dia tak puas hati”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) kali ini mensasarkan mangsa baharu dengan bertindak memfailkan aduan terhadap Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) David Chin dan co-founder Thor Technologies.

SEC mendakwa tawaran syiling permulaan (ICO) Thor 2018 adalah penjualan sekuriti tidak berdaftar di bawah Akta Sekuriti 1933.

Umum mengetahui bahawa penjualan THOR tersebut telah memberi kejayaan kepada Thor Technologies untuk menjana $2.6 juta daripada 1,600 pelabur dalam tempoh Mac hingga Mei 2018.

Aduan yang difailkan SEC di Mahkamah Daerah AS di San Francisco turut membangkitkan isu tentang Thor yang berhasrat mengembangkan platform software untuk syarikat dan pekerja ‘ekonomi gig’*, tetapi sehingga kini masih tidak nampak pembaharuan.

*Satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu menggajikan pekerja sepenuh masa.

Pada tempoh ini, Thor berfungsi sebagai perkhidmatan penghasilan platform software-as-a-service (SaaS)*, Odin, aplikasi mudah alih dan “ekonomi gig” selepas perniagaan penjualan token mereka ditutup pada tahun 2019.

*Model pelesenan software, yang membenarkan akses kepada perisian secara langganan menggunakan pelayan luaran.

Salah satu punca THOR tidak mempunyai sebarang nilai adalah susulan daripada kurang meraih tarikan di kalangan para pelabur dan gagal mencapai kejayaan komersial.

Dalam pada itu, co-founder Thor dan ketua pegawai teknologi, Matthew Moravec telah membelakangi syarikat tersebut selepas bersetuju dengan penalti  yang dikenakan SEC.

Selain daripada Thor, syarikat gergasi Binance turut menerima tempias serupa apabila SEC menyelidik mengenai Binance 2017 ICO.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat