“Agaknya SEC akan luluskan tak semua pemohon spot BTC ETF tu? Ataupun tiba-tiba semua tak dapat?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya melepasi $36,000 apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dilaporkan mempunyai lapan hari lagi bermula Khamis bagi meluluskan 12 spot BTC ETF.
Menurut penganalisis Eric Bachunas dan James Seyffar, comment periods* untuk tujuh pemohon akan berakhir pada Rabu minggu depan, oleh itu mereka menjangkakan SEC akan membenarkan kesemua 12 aplikasi melancarkan produk mereka.
*Tempoh masa semasa proses pembuatan peraturan tidak formal di mana orang ramai boleh menyerahkan maklum balas bertulis kepada agensi persekutuan mengenai peraturan yang dicadangkan.
Perkembangan tersebut akan menjadi kelulusan pertama sejurus selepas kemenangan mahkamah Grayscale pada 23 Oktober 2023 yang ingin menukar kira-kira $17 bilion Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) kepada spot ETF.
Susulan pemohon Hashdex, Franklin dan Global X mungkin mempunyai comment periods, SEC dijangka akan mengabaikan permohonan mereka buat masa ini dan mengeluarkan kelulusan untuk sembilan pemfailan pertama.
Antaranya adalah BlackRock, Grayscale, 21Shares & Ark, Bitwise, VanEck, Wisdomtree, Invesco & Galaxy, Fidelity dan Valkyrie.
Memang tidak dinafikan SEC telah menangguhkan keputusannya, tetapi penganalisis sungguh percaya pengawal selia Amerika Syarikat (AS) akan sekurang-kurangnya meluluskan satu spot BTC ETF pada 10 Januari 2024.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.53% pada paras $35,935 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $702 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 1.04% sepanjang minggu lepas.