Hmmm, takpe masih ada sinar harapan lagi…kot?
Saham ATA IMS Bhd menghadapi tekanan penjualan pada Selasa selepas kumpulan itu menyatakan mengunjurkan penurunan pendapatan sebanyak 40% bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 (FY23) selepas Dyson menamatkan kontrak mereka.
Kaunter tersebut susut 14 sen atau 26.92% pada 38 sen dan merupakan kaunter paling rugi pada pagi Selasa.
Kaunter tersebut juga menyaksikan 582.32 juta saham bertukar tangan yang merupakan saham paling aktif didagangkan.
Kaunter tersebut jatuh 82.68% daripada RM2.57 sejak 12 November apabila ia mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM11.7 juta pada suku kedua yang berakhir 30 September 2021 (2QFY21) manakala RM2.56 bilion dalam permodalan pasaran yang dihapuskan dalam tiga minggu.
ATA IMS menyatakan pemfailan bursa pada Isnin bahawa langkah pemotongan kos akan diambil sebagai tindak balas kepada penamatan kontrak dengan Dyson dan kumpulan itu sedang berusaha ke arah mengekalkan keuntungan dengan mengurangkan kos untuk memastikan kemampanan.
Dyson merupakan pelanggan terbesar syarikat itu yang menyumbang kepada 80% hasil syarikat.
ATA IMS menambah lagi, penamatan kontak oleh pelanggan utama tidak menjejaskan operasinya kecuali untuk penamatan penyewaan dan latihan pengurangan kos seluruh organisasi dan penstrukturan semula pinjaman bank untuk kemudahan berlebihan memandangkan syarikat tidak perlu memegang tahap stok yang tinggi seperti sebelum ini untuk pesanan pelanggan.
Impak daripada perintah kawalan pergerakan dan kekurangan pekerja telah membuatkan perolehan syarikat dianggarkan bagi FY22 berkurangan sebanyak 30% berbanding FY21.
Sementara itu, dalam nota yang dikeluarkan oleh AmInvestment Bank Research pada Selasa mengekalkan “jual” pada ATA IMS dan menyemak semula nilai saksamanya kepada 30 sen daripada 56 sen dan mereka juga mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap prospek ATA IMS.
Oleh itu, ia tidak berkongsi panduan optimistik syarikat pasca Jun 2022 mengenai margin keuntungan sebelum cukai sebanyak 5%.
Ia mengekalkan ramalan kerugiannya untuk FY22 hingga FY24 yang mencerminkan hanya pertumbuhan organik daripada baki pelanggan sedia ada kumpulan dan ditambah pula dengan beberapa pesanan baharu kecil yang akan diperolehi pada FY23 dan FY24 pada margin keuntungan kasar 2% hingga 2.5% pada FY23 hingga FY24 berbanding 4.4% pada separuh pertama berakhir 30 Sept 2021 atau 1HFY22 daripada skala disekonomi.