Tak Main-Main, Kraken Akhirnya Tunai Janji ‘Bela’ Shiba Inu (SHIB)

1,694

Satu lagi platform pertukaran kripto, Kraken menyenaraikan Shiba Inu (SHIB) selepas menyaksikan peningkatan populariti sejak penularan COVID-19 seluruh dunia.

Menurut twit rasmi Kraken Exchange, jual beli SHIB bermula pada hari ini.

Percaya atau tidak, keputusan ini berpunca daripada janji Kraken untuk menyenaraikan SHIB jika twit mereka pada 1 November mendapat 2,000 tanda suka.

Tidak sampai 24 jam, twit mereka mendapat 80,000 tanda suka.

Bagaimanapun, pertukaran SHIB di Kraken hanya ditawarkan bagi pasangan SHIB/USD dan SHIB/EUR.

Shiba Inu mencatatkan lonjakan susulan daripada khabar baik itu. Tetapi pada masa yang sama, peningkatan harga SHIB didorong oleh pergerakan Bitcoin (BTC) yang positif.

Ketika penulisan, SHIB didagangkan pada $0.00004811 dengan lonjakan lebih 6% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat