Hari ini, Bursa Malaysia bertenang seketika apabila ramai pelabur meraih keuntungan lumayan sejak awal minggu. Jangkaan minat terhadap ekuiti akan berterusan disebabkan fasa inflasi global yang semakin perlahan.
Tepat jam 2.20 tengahari, saham FBM KLCI mengalami penurunan sebanyak 5.00 kepada 1,461.84. Manakala, FBM 70 turun 3.05 kepada 14,285.76 dan FKLI/Nov 2023 turun sebanyak 4.00 kepada 1,464.50.
Sebanyak 498 penurunan kepada 328 keuntungan sejak pasaran yang lebih luas mengalami pembetulan semula selepas rally sesi sebelumnya. Jumlah dagangan setakat ini adalah 2.18 billion saham bernilai RM 948.04 juta.
Beberapa pendahulu seperti Petronas Chemicals, CelcomDigi, Press Metal dan MPI mengalami kejatuhan untuk beberapa hari ini. Manakala, Amway menunjukkan kenaikan sebanyak 20 sen dan Kossan sebanyak 10 sen.
Hong Seng kekal stabil pada angka empat sen dan Kanger turun kepada 5.5 sen. Pasaran serantau menyaksikan Nikkei turun 0.6 sen kepada 33,332 dan Kospi jatuh 0.1% kepada 2,483.
Indeks komposit China jatuh 0.6% kepada 3,053. Manakala, Hang Seng Hong Kong turun 1.65% kepada 17,781.
Berdasarkan nota pasaran Apex Securities, momentum kenaikan harga di Bursa Malaysia turut disokong oleh pengukuhan mata wang tempatan dan data ekonomi China yang menunjukkan nilai positif.
Firma penyelidikan ini berkata FBM KLCI berjaya membentuk satu lagi candle kenaikan apabila ia menembusi rintangan 1,465 pada sesi sebelumnya.
Garis MACD dan RSI kekal positif membuatkan indeks utama berpotensi meningkat ke arah rintangan pada 1,494 hingga 1,504.