(Ini adalah artikel lama Tahun 2013 – setiap meeting FOMC berubah-ubah perbincangannya. Pada tarikh artikel ini ditulis, perbincangan tentang “tapering” giat di perbincangkan)
Ahead of FOMC malam ini, saya mendapat puluhan email, dan PM di facebook yang bertanyakan soalan-soalan lebih kurang di bawah.
- Taper tu apa?
- Malam ni FOCM sat lagi TAPER dak?
- FOMC awai pagi jap lagi bincang pasal apa bro?
- Lepas FOMC satgi , USD kuat ka lemah ?
- FOMC ni pasai taper tak taper saja, tapi saya tak faham apa tu bro? ulas sikit.
- Taper tak taper malam ni?
- Depa kata FOMC malam ni bincang pasal TAPIR, menatang jenih apa tu?
- Apsal FOMC sembang pasal Tapir bro? binatang tapir ke?
- US bela tapir apa bro? baru baca tadi, tak faham.
- Tuan, boleh bagi update, nak buy ka sell EUR/USD pada FOMC malam ni?
Pening jugak kalau nak jawab semua,mai nak cerita sikit, apa yang saya faham, FOMC tu adalah Federal Open Market Committee, meeting antara comittee ni di buat selalunya dalam kekerapan 4 kali setahun. Dalam perbincangan ni lah nak tentukan projection pertumbuhan ekonomi yang bertindak secara langsung dengan currency bagi United States (Amerika Syarikat) iaitu USD.
Topik yang jadi perbualan hangat untuk FOMC (khamis pukul 3 pagi) ni adalah Fed nak TAPER ka TAK TAPER?
Apa pulak dah TAPER ni ?
Lebih kurang macam ni ceritanya untuk senang faham TAPER ni. TAPER ni macam tindakan mengurangkan sesuatu. Pada tahun 2008-2009 masa financial krisis USD, Fed(Federal Reserve – kira macam central banking system di US la) memotong interest rate mereka sehingga 0%. Kosong tu ! Tapi walaupun dah potong dah still tak ada kesan , unemployment (jobless) claim masih banyak, dan Fed fikir macam mana nak naikkan ekonomi lagi ?
Fed pun beli la US Treasuries dan Mortgage yang di backup untuk potong kos yang dipinjam oleh mereka ini dan pump banyak duit cash ke dalam sistem. Fed beli semua ni guna duit yang mereka create suka-suka saja. Ya lah, mereka kan Fed, suka2 cetak duit lah, dan buat ni.
Diorang dah beli dalam 85 billion usd setiap bulan, jadi TAPER ni adalah proses untuk kurangkan dari 85 billion tu mungkin jadi 75 billion ka, lebih kurang macam tu lah, tapi tak hapuskan pembelian, just slowing down pembelian tu.
Ben Bernanke(sila google untuk cari siapa pakcik ben ni) pernah cakap, yang kalau kami TAPER saja bermaksud ekonomi US tengah kuat lah. Macam tu lah kiranya.
Jadi apa kesan jika taper atau tak ?
Kesan jika TAPER – USD akan di beli sebab dijangkakan USD kuat. Semua akan beli. Eur/USd, GBP/USd akan jatuh dan USD/JPY akan naik !
Jika TAK TAPER – USD akan di jual dan semua harta akan dirampas( bab harta di rampas tu lawak sahaja, dialog P.ramlee 3 Abdul..hehe) Kira USD jatuh lah, USD/JPY jatuh, GBP/USD naik dan lain..sila cari correlation pair yang berkesan..
Nota : Tapi beri perhatian yang spekulator sangat banyak ketika news realease, banyak fake breakout dan arah, jadi berhati-hati dan perhatikan pasaran.
Jom cerita tentang pendapat-pendapat Bank Bank yang berbillion-billion kayanya dan besarnya tentang TAPER atau tak pukul 3 nanti?
TD: Januari kot Taper
Citi: kami vote 40% saja untuk taper December
BNP: December tak, Bulan 3 mungkin taper
Barclays: Bulan 3 taun depan nuu taper !
Goldman: March la, 7% rate unemployment takkan taper malam ni
Nomura: Kami jangkakan meeting Januari nanti taper
HFE: Taper sebab dah nampak cahaya pada Nov..hehe
MS: pelik jika taper Januari, Bulan 3 taun depan lah
Credit Suisse: pelik December, januari kot
Pierpont: tak taper December
DBank: December taper, 10 billion kurang rasanya
Jefferies: 5 billion usd akan di taper
BMO: december pelik, januari jugak laa
JPM: kami suka jika december taper, tapi fed delay smpai Jan rasanya
BOFAML: 15% peluang taper Dec, 30% Jan, 35% March, 20% lepas2 tu kot
RBS: yakin tak taper december
Soc Gen: Januari lagi syok taper !
2 saja yang rasa Taper, 6 bank vote for January, 3 untuk march dan yang lain tu depa malas pikiaq. Haha.
Ok harap semua faham subjek tapir atau tak ni. Tapir atau tak, saya mengambil pendekatan stay away from bignews, tambah-tambah petang tadi dah TP buy GU. Cukup dah untuk hari ini.Mari perhatikan FOMC nanti. FOMC ni saya lebih banyak perhatikan movement sebab ia memberikan saya idea untuk saya rangkakan Trading Plan saya selepas itu. Movement sama ada TAPER atau tak memang ilmu bagus untuk ditimba sebagai pengalaman dalam memahami fundamental analisis dalam dunia forex.
P/s: maaf post agak santai dan loghat utara malam ni. hehe..bawah ni gambar TAPIR..bukan TAPER !
Keep learning. You are one step closer than yesterday – MoshedFx