Hukum Trade Forex, Halal atau Haram ?

74,081

Saya tulis juga isu ini kerana ada yang email saya bertanyakan tentang adakah pekerjaan saya ini halal atau haram ? Income saya sebagai forex trader adakah halal atau haram ? Sebenarnya topik yang nak dibincangkan ini agak berat sebenarnya, memandangkan kita sebagai umat Islam mempunyai pelbagai pendapat daripada badan-badan kerajaan, ulama-ulama, ustaz-ustaz dan ilmuan-ilmuan. Berikut saya letakkan sedutan video tentang apakah hukum trading forex menurut perspektif Islam. Adakah harus atau haram ? Bagaimana boleh jadi haram, bagaimana boleh jadi harus ?

Terdapat banyak kekhilafan dan percanggahan dalam penentuan hukum halal atau haram forex trading iaitu urusniaga pertukaran matawang secara dalam talian, bukan money changer. Dengar penjelasan terperinci daripada Ustaz Ahmad Dusuki tentang halal haram forex trading.

Ustaz Ahmad Dusuki pernah menjadi panel bagi Rancangan TV9 Tanyalah Ustaz dan beliau tahu selok belok dalam urusniaga forex trading online ini, tentang perkara yang melibatkan margin, leverage, pegangan akaun dalam matawang US Dollar. Beliau juga aktif mengupas isu-isu tentang pasarang kewangan Malaysia seperti Hukum ASB, ASN, pelaburan dan lain-lain.

Bagaimana forex trading jadi Harus bagaimana jadi Haram semuanya di kupas sebaik mungkin dalam video ini. Pastikan anda menonton video ini sehingga habis.

Saya juga jemput anda semua menonton 3 video di bawah sehingga habis.


Ulasan peribadi saya :

Terkilan

Saya sebenarnya agak terkilan dengan apa yang difatwakan di Malaysia tentang forex trading ini adalah Haram jika trade secara retail (dipanggil retail trader, trade sendiri) dan halal jika di trade di Bank-Bank. Seolah-olah jika makan ayam yang disembelih sendiri menjadi haram, tetapi jika makan ayam yang di beli dari KFC, yang diapproved dan dilesenkan menjadi halal. Contoh sahaja lah.

Sebenarnya pendapat tentang ini ramai yang mengatakan , jika kita betul-betul yakin forex trading ini halal maka kita boleh trade, dan jika kita yakin betul-betul haram, kita tinggalkannya sebab ia adalah kekhilafan ulama. Ulama dari negara jiran menetapkan harus, mufti di sini menetapkan harus, majlis fatwa menetapkan haram dan pelbagai lagi. Jika kita yakin dan tahu apa yang kita dagangkan dengan ilmu dan tidak berjudi, ia menjadi harus, inshaALLAH kita cari yang halal dan kita tidak berjudi.

Saya juga sedikit terkilan dengan hukum hakam yang ditetapkan untuk produk kewangan di negara kita, contohnya ASB dan ASN, ada yang kata harus, ada yang kata haram, penelitian ada sesetengah kaunter saham yang dimiliki tidak patuh syariah tetapi ada pula panel syariah yang tetapkan harus atau halal. Pelik bukan ? Ia seolah-olah tiada titik panduan dan keputusan yang dibuat berkepentingan pada golongan-golongan tertentu.

(Isu 2013) Isu Tabung Hajah yang mempunyai kaunter-kaunter saham yang berubah status dari patuh syariah kepada tidak oleh BiNM, dan TabungHaja memberi 6 bulan masa untuk syarikat-syarikat tersebut untuk patuh syariah, sedangkan income yang datang dari 6 bulan tersebut adakah halal, sedangkan kaunter saham tersebut ditarik balik kelulusan patuh syariahnya. Jadi income dari TabungHajah seolah-olah bercampur aduk? Ini sangat merisaukan. Harap semua ini bertambah baik demi menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Pelaburan atau Perdagangan Forex ?

Sebenarnya ada yang keliru tentang perdagangan forex(trade forex) dengan pelaburan forex. Sekarang banyak broker-broker yang tumbuh macam cendawan selepas hujan, mengatakan mereka broker forex dan menawarkan fixed return setiap bulan.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa itu bukan broker forex yang sebenar dan hukum harus forex tidak dapat diaplikasikan padanya sebab ia adalah perkara lain. Ia pelaburan bukan kita trade sendiri forex dari rumah.

Dalam retail trading forex di broker yang betul, tidak terdapat FIXED RETURN dalam forex. Tiada fixed. Semua atas kebolehan dan ilmu kita. Jadi hukum hakam yang dibincangkan di sini tidak dapat dikaitkan dengan syarikat yang kononnya broker forex tersebut.

Berhati-hatilah, sebab ramai skim pelaburan cepat kaya, labu peram, memberikan percent tetap yang berlindung atas nama broker forex sedangkan ia bukan broker forex sebenar. Lambat laun mengikut sejarah, pasti tutup juga syarikat tersebut selepas duit orang ramai sudah berjaya di bolot.

Ini boleh jadi haram kerana pemberian komisen yang tetap. Tiada perniagaan yang dipastikan keuntungannya, bagaimana pulangan menjadi keuntungan tetap di beri ?

Saya akan menulis bab bagaimana mengenali broker forex yang betul nanti. Teruskan melawat blog ini. Kita kupas satu-satu.

Kesimpulan

InshaALLAH, kita mencari yang halal, masakan saya menjadikan trade forex income utama saya jika trade forex ini haram. Janji saya faham ilmu trading, faham pergerakan ekonomi yang mempengaruhi matawang, ekonomi dunia dan teknikal serta fundamental analisis, dan posisi buy/sell tidak masuk atas dasar berjudi, saya berpegang kepada hukumnya harus. Semoga ALLAH memberkati kita semua. Amin.

Jika berminat nak belajar tentang trading forex secara PERCUMA – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat