Saham Berkshire Disumbangkan Kepada Badan Kebajikan

10,586

Warren Buffett yang merupakan seorang jutawan terkemuka dunia sekaligus merangkap pengasas Berkshire Hathaway Inc telah memberikan sumbangan saham syarikat berkenaan yang bernilai $2.9 bilion kepada beberapa badan kebajikan termasuk Yayasan Bill & Melinda Gates. Ianya merupakan salah satu inisiatifnya yang dimulakan lebih dari satu dekad yang lalu.

Menurut sebuah kenyataan, sebanyak 16 juta saham Kelas B Berkshire termasuk saham yang dikendalikan oleh anak-anaknya telah disumbangkan kepada 5 dermawan.

Untuk pengetahuan semua, Buffett yang berusia 89 tahun dan telah menjadi individu keenam terkaya di dunia itu telah berjanji untuk menyumbangkan semua saham Berkshire yang dimilikinya untuk beberapa badan kebajikan setelah kematiannya serta mengemukakan rancangan itu pada bulan Februari dalam surat tahunannya kepada para pemegang saham.

Selain itu, Buffett didakwa mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Bill Gates, iaitu pengasas bersama Microsoft Corp yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah Berkshire. Kumpulan lain yang menerima sumbangan adalah badan amal yang dinamakan dengan mendiang isterinya, Yayasan Susan Thompson Buffett dan juga kumpulan yang dipimpin oleh anak-anaknya iaitu Yayasan Sherwood, Yayasan Howard G Buffett, dan Yayasan NoVo.

Di samping itu, pelabur jutawan itu hari ini telah mendedahkan bahawa beliau hanya menerima faedah pengurangan cukai yang kecil daripada pemberiannya tersebut. Selama 15 tahun kebelakangan ini, setiap sumbangan bernilai $ 1,000 membolehkannya memotong sedikit iaitu kurang dari $ 1 dari pendapatannya yang boleh dikenakan cukai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat