Hasil Kekayaan Jeff Bezos Pecah Rekod Lagi!

11,735

Meskipun situasi ekonomi terkini berhadapan dengan krisis, tetapi dompet salah seorang jutawan terkemuka dunia ini semakin menebal. Menurut Bloomberg Billionaire Index, Jeff Bezos kini memiliki kekayaan sebanyak $172 bilion dolar, iaitu rekod terbaru untuk individu paling kaya di dunia.

Pada minggu lalu, Jeff Bezos didakwa telah memecah rekod kekayaannya. Walaupun sudah berpisah dengan bekas isterinya, MacKenzie pada tahun lalu, keruntuhan rumah tangga yang dialami tidak menjadi penghalang buat beliau untuk terus mencipta nama dalam industri perniagaan.

Jika disebut dengan Jeff Bezos, pasti terlintas di fikiran kita tentang Amazon. Untuk pengetahuan semua, sebilangan besar kekayaan miliknya datang daripada syarikat tersebut. Beliau memiliki kira-kira 57 juta saham, atau 12% kepentingan di Amazon. Lebih mengejutkan ialah sahamnya telah meningkat sebanyak 56% dari semasa ke semasa.

Di samping itu, Amazon telah mendapat keuntungan daripada peningkatan aktivti membeli-belah secara atas talian ketika penularan wabak COVID-19. Hal ini demikian kerana kebanyakan sektor perniagaan terpaksa ditutup.

Syarikat milik Bezos, yang menghadapi kritikan terhadap isu keselamatan dan gaji pekerja, mendedahkan bahawa mereka akan memberikan lebih dari $ 500 juta sebagai “bonus Terima Kasih” kepada para pekerja barisan hadapan yang bersama syarikat itu sepanjang bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat