BTC, ETH & XRP Berpotensi Meletup Sebab China!

1,891

“Hmm biar betul ni? Macam tak boleh percaya je tapi mungkin boleh terjadi juga.”

Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP) berpotensi meletup disebabkan China yang melancarkan ETF ditambah pula Hong Kong serta Amerika Syarikat (AS) bakal berjuang bagi aliran masuk mata wang kripto ke dalam dana masing-masing.

Susulan permintaan dicipta oleh ETF mungkin jauh lebih banyak daripada apa yang ada dalam bekalan, ia boleh mendorong harga BTC, ETH termasuk XRP untuk menggunung lebih tinggi daripada paras semasanya.

Menerusi pemerhatian, lebih $50 bilion aset di bawah pengurusan (AUM) telah ditarik ke kumpulan spot BTC ETF baharu yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada Januari 2024 kemudian pelabur pula berpusu-pusu mendapatkan pendedahan pada BTC.

Suka dimaklumkan BlackRock dan Fidelity yang masing-masing memiliki AUM $15 bilion serta $9 bilion berjaya muncul sebagai dua pengeluar BTC ETF baharu terbesar, oleh itu peserta pasaran kripto kini sedang menilai prestasi di Hong Kong.

Hal ini kerana penerbit Hong Kong mengesahkan bahawa sekatan kawal selia telah menghalang dana tanah besar China daripada membeli ETF yang berkaitan dengan aset digital.

Baru-baru ini, surat-menyurat daripada penyedia ETF berpangkalan di Hong Kong telah menjelaskan salah tanggapan berhubung kehebatan pelaburan pelabur China tanah besar yang mengambil bahagian dalam inisiatif Southbound Stock Connect.

Disebabkan pendirian China terhadap risiko kripto, program Stock Connect telah direka untuk menggalakkan pelaburan rentas sempadan antara tanah besar China dan Hong Kong tetapi perlu diketahui ia tidak termasuk produk mata wang digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat