Pengurus Kekayaan Bakal Naikkan Pelaburan BTC ETF! – CEO Bitwise

412

“Harap-harapnya begitulah, jangan tahu cakap kosong je.”

Sejurus selepas acara halving Bitcoin (BTC) terjadi pada Sabtu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bitwise Hunter Horsley menjangkakan organisasi pengurusan kekayaan bakal meningkatkan pegangan dana dagangan pertukaran (ETF) BTC mereka.

Ramalan tersebut tercetus di tengah-tengah kepercayaan lebih luas berhubung peningkatan permintaan bagi ETF mungkin berlaku memandangkan pelaburan BTC dalam ETF Amerika Syarikat (AS) berjaya melihat aliran masuk positif.

Suka dimaklumkan BlackRock mampu mengatasi Grayscale sebagai dana BTC terbesar di dunia susulan Bitcoin Trust (GBTC) mengalami penurunan nilai selama 68 hari iaitu kehilangan lebih $16 bilion yang menurunkan asetnya pada $19.4 bilion.

Sementara iShares Bitcoin Trust Fund (IBIT) melihat pertumbuhan aset berterusan di mana jumlah asetnya cecah $17.3 bilion, berbanding GBTC yang menghadapi jumlah aliran keluar $1.6 bilion sejak Januari 2024.

Sungguhpun penguasaan Grayscale dalam pasaran BTC ETF semakin berkurangan, BlackRock dan Fidelity yang pantas memperoleh aliran bersih $37.3 juta serta $18.7 juta telah mengurangkan beberapa kebimbangan kecairan pasaran.

Umum mengetahui penganalisis ETF Bloomberg Intelligence mendedahkan bahawa spot BTC ETF BlackRock setakat halving yang berlaku pada Sabtu lepas telah berjaya mencatatkan 69 hari aliran masuk tanpa ada satu hari pun aliran keluar.

Selain menyifatkan penggunaan BTC ETF oleh penasihat pelaburan berdaftar (RIA) dan pejabat berbilang keluarga sebagai senyap tetapi penting, Horsley turut berkata institusi kewangan besar secara senyap-senyap sudah menjalankan pemeriksaan komprehensif terhadap pasaran BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat