Aktif Lepas 14 Tahun! Wallet Miner Untung 655,999,900% Dalam BTC!

2,143

“Punyalah tinggi tahap kesabarannya, nak untung banyak macam tu kena tunggu sampai 14 tahun.”

Selepas 14 tahun berdiam diri, wallet miner mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang memperoleh 50 BTC semasa harganya didagangkan $0.01 pada 2 April 2010 tiba-tiba aktif semula setelah pemegangannya kini bernilai $3.28 juta iaitu keuntungan 655,999,900%.

Menerusi pemerhatian, pemegang wallet tersebut yang mendepositkan BTC ke Coinbase pada awal hari ini mungkin ingin mengambil keuntungan memandangkan harganya sudah hampir ke paras tertingginya yang pernah ada.

Bukan itu sahaja, tindakan dilakukannya mungkin juga disebabkan jangkaan correction pasaran kripto selanjutnya ditambah pula terdapat serangan Iran terhadap Israel yang mampu menyebabkan pasaran saham terjejas termasuklah aset digital.

Memang tidak dinafikan BTC mungkin memasuki fasa bullish dalam masa terdekat ini, tetapi perlu diketahui pergerakan aset ke dalam bursa yang dianggap menurun dapat meningkatkan peluang untuk dijual.

Namun ramai penganalisis menganggap acara halving BTC yang dijadualkan berlaku pada bulan ini bakal mendorong harga aset digital tersebut memacu tinggi susulan acara itu akan mengurangkan bekalan BTC.

BTC dijangka mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada minggu ini, ulas CoinCodex sambil menambah bahawa harganya boleh cecah $74,148 pada 19 April 2024 yang merupakan pertumbuhan 11.89%.

Manakala Changelly pula berpendapat BTC akan melepasi $74,298 pada 20 April 2024 kemudian $85,139 menjelang 11 Mei 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat