“Terbaiklah DOGE, teruskan perjuangan untuk tembus $0.09 pula lepas ni.”
Ali Martinez, penganalisis mata wang kripto terkemuka baru-baru ini berpandangan memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) bakal melakukan breakout penting di mana harganya akan menyaksikan pendakian ketara.
DOGE pada masa ini telah berada dalam momentum yang agak sukar susulan harganya masih tidak pasti sama ada ingin memecahkan zon rintangan ataupun sokongan, ulas Martinez dalam akaun X miliknya yang memiliki beribu pengikut.
Secara konteks, DOGE pada asalnya hanyalah sebagai parodi semata-mata tetapi lama kelamaan memecoin tersebut semakin dikenali ramai dan ia adalah salah satu coin pertama dilancarkan selepas Bitcoin (BTC).
DOGE adalah berdasarkan kod BTC melalui mekanisme proof-of-work (PoW) yang mining bersama Litecoin (LTC) dan telah lama dipandang tinggi walaupun berstatus memecoin, oleh itu Martinez membincangkan potensi untuk harganya breakout secara positif.
Selain menjangkakan harga DOGE akan melakukan penembusan besar-besaran, Martinez mendedahkan terdapat 200,000 wallet yang memegang 28.6 bilion DOGE pada zon sokongannya manakala 124,000 pada zon rintangan telah memiliki 26.95 bilion memeoin itu.
Menerusi pemerhatian, DOGE telah melihat kenaikan secara perlahan-lahan daripada $0.0666 pada 3 November 2023 kepada $0.0772, oleh itu harganya mampu melonjak tinggi jika ia dapat melepasi zon rintangannya $0.0777 tetapi sekiranya gagal maka memecoin itu boleh turun semula.
Setakat penulisan ini, harga DOGE mencanak sebanyak 3.41% pada paras $0.0763 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $10 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 9.63% sepanjang minggu lepas.