Eth2 Naik Sebagai Rangkaian Pertaruhan Ketiga Selepas Polkadot, Cardano

823

Rangkaian Ethereum 2.0 (Eth2) kini menjadi rangkaian ketiga terbesar berdasarkan permodalan pertaruhan dengan jumlah terkunci Ethereum dalam Eth2 mencecah 2.09%.

Pada malam tadi, Ether berjaya melepasi rekod tertinggi sepanjang masa pada 25 Januari lalu kepada $1,547 dan ketika penulisan, ETH didagangkan pada harga $1,560 dengan lonjakan lebih 10% dalam 24 jam.

Sekitar 2.5 juta ETH terkunci, menjadikan jumlah permodalan pertaruhan Eth2 bernilai $3.6 bilion.

Ini bermakna, Eth2 telah berjaya melepasi Avalanche yang memiliki aset taruhan berjumlah $3.4 bilion dengan permodalan pertaruhan mewakili 69.5% bekalan Avalanche, AVAX.

Pada masa yang sama, Polkadot merupakan aset kripto terbesar dengan 60% bekalannya yang mewakili $10.8 bilion, diikuti dengan Cardano dengan 71% bekalannya dengan jumlah mencecah $9.5 bilion.

Deposit ke dalam Eth2 juga dilihat semakin mampan sejak genesis pada awal Disember tahun lepas.

Rekod Januari menunjukkan hampir satu juta Ether yang dimasukkan telah terkunci untuk taruhan manakala jumlah validators (pengesah) telah meningkat sebanyak 55% daripada 49,200 kepada 76,200.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat