Ethereum Boleh Terseksa Disebabkan Tindakan Binance Ini!

472

“ETH kena kuat, takkan sebab ini harganya akan goyah.”

Bursa mata wang kripto Binance bertindak membenarkan fungsi pengeluaran staking ETH 2.0, di mana pengguna yang staking aset digital tersebut melalui Binance boleh menebus ETH dengan pegangan BETH mereka.

Susulan had pemprosesan pada rangkaian ETH, permintaan pengeluaran aset digital tersebut akan mengambil masa dalam 15 hari atau beberapa minggu dan pengguna sama sekali tidak boleh membatalkan permintaan jika sudah diluluskan.

Walaupun anggaran awal mencadangkan ia memerlukan tempoh yang agak lama, pasukan Binance berjaya selesaikan permintaan pengeluaran itu dalam waktu singkat ekoran pengguna dapat mengakses dana mereka tepat pada masanya.

Sejak naik taraf Shanghai, validators telah mengeluarkan 1.08 juta ETH daripada Beacon Chain dan 598,000 aset digital itu didepositkan pada rantaian manakala jumlah pengeluaran belum selesai adalah sebanyak 943,820 ETH bernilai $1.87 bilion.

Selain itu, platform staking liquid ETH terbesar Lido Finance pula melaporkan bahawa mereka akan mulakan pengeluaran ETH yang staking pada bulan Mei.

Umum mengetahui pengeluaran staking ETH oleh Binance tersebut dijangka akan beri tekanan ketara terhadap harga aset digital itu ditambah pula dengan protokol lain seperti Rocket Pool yang hanya membenarkan staking sebanyak 8 ETH.

Setakat penulisan ini, harga ETH menjunam lebih 7.03% pada paras $1,946 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $232 bilion namun masih mencatatkan keuntungan sekitar 1.52% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat