Ethereum Classic (ETC) Melonjak Lebih 54%, Rupanya Pelombong Beralih Minat?

796

Ethereum Classic (ETC) meroket tinggi pada hari minggu, dari paras harga $26.57 pada Jumaat sebelum menyentuh paras harga $40.88 semalam.

Lonjakan lebih 54% itu bagaimanapun berakhir apabila ketika penulisan, ETC susut hampir 7% dengan nilai dagangan semasa, $38.11 seunit.

Situasi ini sedikit mengujakan pasaran kripto kerana rekod ETC jelas berbeza dengan prestasi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) yang mencatatkan penyusutan 2% dan 3% semalam.

Penganalisis menyifatkan lonjakan ETC ada kaitan dengan peralihan rangkaian Ethereum kepada Ethereum 2.0.

Bagaimana?

Difahamkan pelombong ETH beralih kepada Ethereum Classic sementara Ethereum sedang berpindah daripada protokol Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS).

Jangkaan untuk Ethereum sepenuhnya menerapkan PoS adalah pada pertengahan Jun tahun ini.

Sedia maklum, jika dibandingkan dengan Ethereum yang lebih maju, Ethereum Classic sebenarnya masih kekal dengan PoW.

Komuniti ini percaya kehadiran PoW menawarkan lebih banyak ciri desentralisasi dan perlindungan rangkaian yang maksima berbanding PoS.

Melihat kepada sentimen ini, ada kebarangkalian untuk Ethereum Classic bullish dalam jangka masa panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat