Ethereum Laju Berdesssuup, Dijangka Cecah $10,000 Tahun Ini!

2,122

Ethereum (ETH) semakin menghampiri all-time high, $1448 yang pernah direkod pada 2018. Pada masa yang sama, inilah masa yang dinantikan para pelabur altcoin yang membeli ketika pasaran susut, menyaksikan lonjakan seterusnya.

Bagaimanapun, berdasarkan kontrak pilihan ETH Disember yang baru dikeluarkan, aset itu berpotensi untuk mencapai $10,000 per syiling menjelang hujung tahun ini.

Perkara ini bersandarkan kepada ciri Ethereum yang memainkan peranan penting sebagai struktur kukuh bagi beberapa projek penting dalam sektor kripto. Kebanyakan token DeFi yang terkenal pada hari ini, wujud kerana dibina menggunakan teknologi Ethereum.

Walaupun Ethereum dilihat lebih agresif, melonjak lebih tinggi berbanding Bitcoin, tidak dinafikan kebanyakan pelabur kecewa dengan caj transaksi ETH yang semakin meningkat.

Jika ada yang bertanya adakah ETH akan terus mencatatkan peningkatan harga dengan 5 digit, jawapannya MUNGKIN.

Bermula dengan $1,000 meningkat kepada $10,000 dalam setahun kedengaran tidak mustahil kerana perkara yang sama pernah berlaku terhadap aset Satoshi Nakamoto pada 2017.

Pada masa yang sama, berdasarkan carta semasa, Ethereum memerlukan lebih 1000% untuk mencapai $10,000.

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kebolehan aset ini. Lihat saja pada rekodnya pada 2020 ketika Black Thursday, ETH telah melonjak sebanyak lebih 1000% dari paras terendah sehingga penutupan Disember.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat