Ethereum Name Service (ENS) Semakin Popular, Catat ATH Sepanjang 2022

219

Ethereum Name Service (ENS) sudah menempa populariti sepanjang Mei dengan rekod terbaik untuk pendaftaran baharu, pembaharuan akaun, dan keuntungan.

Ketua pembangun ENS, Nick Johnson pagi tadi mendedahkan bulan kelima 2022 mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) bagi setiap aspek yang dipandang kira:

ENS secara ringkasnya menyamai konsep nama domain di mana segala identiti pengguna terikat pada nama yang didaftarkan.

Misalnya jika anda mahu memberi alamat wallet XRP kepada rakan anda untuk pemindahan mata wang kripto, hanya perlu bagi sahaja ENS yang berdaftar bukan lagi gabungan 12 huruf dan nombor.

Boleh baca sini: Kenali ENS dan ENS 3 Angka Cecah Lebih RM700 Ribu untuk lebih lanjut.

Setakat artikel ini ditulis, ENS menguasai seluruh metrik sepanjang Mei:

  • Pendaftaran baharu: 313,000 (+107.6%)
  • Pembaharuan akaun: 13,600 (+103.8%)
  • Keuntungan kumulatif: 3,300 ETH ($8,300,000 // ~ RM36,370,000)

Johnson menyifatkan perubahan luar biasa ini sebagai satu isyarat kesedaran dan penerimaan teknologi Web 3.0 dalam kalangan pengguna kripto dan blockchain.

Pada masa yang sama, rekod terbaharu ini kebetulan berlaku ketika harga gas sedang murah.

Ketika penulisan, Ethereum menyaksikan harga gas tertinggi bernilai 23 gwei (~ RM4.4) dan yang terendah cuma 16 gwei (~ RM3.16).

Pun begitu, lonjakan minat terhadap pendaftaran dan pembaharuan ENS tidak memberi kesan terhadap harga tokennya.

Sejak November 2021, harga ENS tidak menunjukkan sebarang perubahan drastik kecuali terus menyusut.

Misalnya pada hari ini seunit ENS didagangkan pada $12.88, meningkat lebih 3% dalam 24 jam tetapi telah susut lebih 85% sejak ATH pada 11 November 2021.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat