Kenali Ethereum Name Service (ENS), Domain Untuk Web 3.0

1,110

Tahukah anda, nama domain juga boleh ditokenkan sebagai non-fungible token (NFT) melalui pemilikan nama domain di blockchain? Salah satu sistem penamaan yang terkenal ialah Ethereum Name Service (ENS).

Salah satu entiti yang menggunakan ENS ialah pengeluar pakaian sukan antarabangsa, Puma (puma.eth) dan pengasas Ethereum, Vitalik Buterin (vitalik.eth).

Dan tahukah anda, pemilikan nama domain-NFT-Web 3.0 ini sebenarnya saling berkait?

Sebenarnya, teknologi kripto masih lagi di fasa kuno kerana ia terikat dengan alamat IP (IP address). Misalnya, wallet kripto memiliki alamat yang panjang dan sukar diingat, serta diakses ke mana sahaja.

Di sinilah idea pemilikan nama domain wujud, di mana penggunaan kripto mampu setara mudah seperti melayari internet.

Trivia Ethereum Name Service (ENS)

  • Merupakan sebuah projek berasaskan Ethereum yang dilancarkan pada 4 Mei 2017 oleh Alex Van de Sande dan Nick Johnson dari Ethereum Foundation.
  • Ia adalah sistem penamaan dan penjejakan di rangkaian Ethereum.
  • ENS meringkaskan alamat umum Ethereum yang panjang dan mudah dibaca.
    • Misalnya, alamat wallet Ethereum: asyd435987BI9HIS0934ngiP0buy7Q8S ditukarkan kepada (nama anda).eth seperti – ali.eth
    • Ini bermakna jika anda mahu memindahkan atau menerima aset kripto, boleh saja gunakan nama domain tersebut berbanding alamat yang panjang.
  • Menyamai konsep Sistem Nama Domain (DNS) dalam ruang internet yang menukarkan URL kepada alamat IP untuk dibaca komputer.
  • ENS tidak hanya mewakili alamat wallet, tetapi juga mewakili ID transaksi, hashes, metadata dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan dunia mata wang kripto.
  • Boleh mendaftar nama domain baharu atau beli di platform NFT OpenSea.

Bagaimana ia berfungsi?

  • Domain utama ‘.eth’ dan ‘.test’ dimiliki oleh kontrak pintar yang dikenali sebagai Registrar.
  • Pemilik nama domain ini juga boleh kekalkan ‘.com’, ‘.org’, ‘.io’, ‘.app’, ‘.xyz’, dan ‘.art’ walaupun berdaftar dengan ENS.
  • Nama domain ENS menggunakan standard NFT ERC-721 mewakili alamat tersebut dan ya, anda boleh menjualnya kepada orang lain.
  • Setakat Disember 2021, sebanyak 552,000 nama telah berdaftar dan 227,000 pemilik telah dikenalpasti.

Kos pendaftaran domain ‘.eth’

  • 5+ huruf – 5$ setiap tahun
  • 4 huruf – $160 setiap tahun
  • 3 huruf – $640 setiap tahun

Token ENS

  • Tersedia sebagai token utiliti dan tadbir urus
  • Memiliki jumlah bekalan maksimum: 10,000,000 ENS
  • Bekalan kitaran semasa: 20,244,862 ENS
  • Mereka yang mendaftar nama domain ENS pada 31 Oktober 2021, berpeluang untuk tuntut token ENS sehingga 4 Mei 2022.
  • Token ENS akan berdepan dengan pembakaran sebaik sahaja DAO dirasmikan.

Jika anda mahu mencuba perkhidmatan nama domain yang lain, mungkin boleh lawati OpenSea, di bawah kategori ‘Domain Names’.

Di situ, bukan sahaja ENS tetapi juga banyak perkhidmatan domain lain termasuk Unstoppable Domains, Cryptovoxels Names, Decentraland Names, Ackerman Token – Digital Arts & Subdomains, Trust Domains, dan Bell Token.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat