Puma ‘Flex’ Nama Domain Terbaharu – ‘Puma.eth’, Sertai Web3 & NFT!

367

Jenama global, Puma secara rasmi telah mendapatkan pelokasi sumber seragam (URL) desentralisasi dan menukarkan nama akaun Twitter-nya kepada ‘Puma.eth’.

Perkara ini disedari semalam apabila Ethereum Name Service (ENS) memuatnaik khabar mengujakan itu menerusi ciapan di Twitter:

Ketika Puma mendaftar sendiri melalui ENS, ada juga syarikat besar lain yang sudah sertai domain .eth melalui platform non-fungible token (NFT) seperti OpenSea.

Rincian ENS

  • Merupakan sebuah perkhidmatan carian dan nama di Ethereum.
  • Konsepnya seperti DNS, tetapi ENS berdaftar di rangkaian Ethereum.
  • Menjadikan alamat kripto yang panjang mudah untuk dibaca, lebih pendek.
  • Misalnya: alamat wallet Ethereum anda – 31sfbIK945JK923jAKLEV3asml4yy boleh dipendekkan dengan – (nama anda).eth seperti ini – sabrina.eth
  • Pemilikan domain ini juga bermaksud ia adalah nama pengguna anda di Web3, di mana segala alamat kripto dan laman web dihubungkan di bawah nama tersebut.
  • Domain nama .eth adalah NFT kerana ia menggunakan token standard ERC-721 untuk mewakili nama tersebut.

Pada masa yang sama, Puma juga telah berkolaborasi dengan beberapa koleksi NFT seperti Cool Cats NFT, Lazy Lions, Gutter Cat Gang, dan CatBlox.

Berdasarkan ranking nama Twitter dengan domain .eth, Puma.eth berada di kedudukan ke-13 dengan jumlah pengikut sebanyak 1,831,754.

Sementara itu, parishilton.eth berada di kedudukan pertama dengan rekod sebanyak 16.8 ribu pengikut dan vitalik.eth yang dimiliki oleh pengasas Ethereum, Vitalik Buterin berada di kedudukan ke-9 dengan 3.3 ribu pengikut.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat