EU Sekat Semua Kripto & Perkhidmatan Libatkan Rusia!

403

Majlis Eropah EU mengumumkan pakej sekatan ke-8 terhadap Rusia pada 6 Oktober susulan tindakan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Sekatan baharu yang akan dikenakan terhadap Rusia adalah melarang rakyatnya daripada memiliki sebarang wallet kripto, akaun dan perkhidmatan jagaan aset kripto.

Malah ia juga melarang perkhidmatan seperti perundingan IT, penasihat undang-undang, seni bina serta perkhidmatan kejuruteraan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Rusia.

Sementara itu, sekatan eksport dan import, pelaksanaan had harga minyak G7 dan sekatan ke atas perusahaan milik kerajaan turut dilaksanakan manakala pegawai kanan tentera serta para propaganda dikenakan tindakan.

Difahamkan, sekatan baharu tersebut di Rusia telah membuatkan rakyatnya tidak mendapat akses kepada semua perkhidmatan kripto walaupun sebelum ini EU membenarkannya memiliki 10,000 Euro dalam wallet aset digital tersebut.

Oleh demikian, Majlis yakin tindakan yang dibuatnya bakal melumpuhkan semangat ketenteraan dan perindustrian Rusia dalam membuat pencerobohan terhadap Ukraine.

Secara konteks, perang Rusia-Ukraine mendorong inflasi ke paras tertinggi setelah harga tenaga dan komoditi melonjak naik termasuklah pasaran kripto serta ekuiti global akan mengalami kejatuhan teruk.

Dalam pada itu, Rusia berkemungkinan akan membenarkan mining mata wang kripto tidak lama lagi setelah melihat potensi aset digital sebagai keperluan baru dalam ekonomi negaranya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat