EU & UK Semakin Tersepit, Hanya Tinggal 10 Hari Sahaja Untuk Capai Kesepakatan!

230

Britain dan Kesatuan Eropah kini hanya mempunyai 7 sehingga 10 hari untuk mencari solusi bagi menjayakan rundingan perdagangan sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Luar Negara Ireland, Simon Coveney pada hari Isnin.

Rundingan perdagangan diteruskan semula pada hari Isnin di Brussels setalah terdapat sedikit anjakan dalam isu kontroversi yang menghambat kesepakatan dalam rundingan. Anjakan yang sedikit dapat dilihat dalam isu peraturan persaingan dan perikanan pada minggu lepas. Dalam masa yang sama, kedua-dua belah pihak telah melepasi tarikh akhir yang ditetapkan pada pertengahan November.

UK telah meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada Januari lalu namun pihak pentadbiran masih lagi berusaha keras untuk mencapai kesepakatan yang merangkumi jumlah dagangan sebanyak 1 trilion dolar setahun sebelum 31 Disember.

Menurt Conveney, kini kedua-dua pihak hanya tinggal waktu 1 minggu sehingga 10 hari untuk mencapai satu kesepakatan. Jika tidak UK dan EU akan berada dalam masalah besar dan tumpuan akan beralih kepada tanpa perjanjian perdagangan.

Kedua-dua masih lagi berdalih dan berpegang pada prinsip masing-masing. Pentadbiran Britain berulang kali mengatakan bahawa sebarang perjanjian mestilah menghormati kedaulatan negara itu, namun pihak EU menolak untuk menjalinkan perjanjian yang serupa dengan perjanjian yang ditandatangi bersama negara Kanada.

Kedua-dua pihak masih menemui jalan buntu dalam dua bidang utama: persaingan dan perikanan. Atas dasar itu juga, salah seorang diplomat kanan EU mengatakan bahawa kedua-dua pihak masih jauh untuk merasa selesa, ditambah pula tarikh akhir semakin hampir.

Ketua perunding Britain, David Frost, mengatakan pada hari Ahad terdapat beberapa kemajuan dalam beberapa hari kebelakangan ini da kedua-dua pihak mempunyai draf teks perjanjian walaupun elemen penting belum dapat disepakati.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat