EUR/JPY Berundur Turun Lepas Capai Rekod Tertinggi Sejak 2008!

177

Tahukah anda pada minggu ini, mata wang Euro berjaya mencapai paras tertinggi berbanding Yen sejak tahun 2008! Mengejutkan bukan?

Paras ¥151.60 yang dicapai harga pada Selasa lalu adalah yang paling tinggi sejak September 2008 direkodkan pada carta pasangan mata wang EUR/JPY.

Ini menunjukkan penyusutan Yen yang berterusan berikutan dasar monetari bank pusat Jepun (BOJ) yang dikekalkan pada tahap ‘ultra-longgar’.

Setelah pengambil alihan jawatan gabenor oleh Kazuo Ueda, beliau dilihat masih mengekalkan dasar monetari sebelum ini yang longgar untuk memantau dahulu keadaan ekonomi semasa di Jepun untuk percaturan seterusnya.

Menuju ke penghujung minggu ini, Yen kembali pamerkan pengukuhan ekoran mendapat kelebihan sebagai mata wang safe-haven apabila kebimbangan krisis perbankan masih menyelubungi pasaran semasa.

Sementara, Euro pula mula menunjukkan penyusutan disusuli keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada Khamis semalam.

Mendorong penyusutan Euro, European Central Bank (ECB) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, iaitu peningkatan terendah sejak bank pusat itu memulakan langkah pengetatan dasar sejak Julai 2022 lalu.

Namun, penganalisis melihat Euro berpotensi meningkat semula susulan ECB menyatakan pengetatan dasar masih lagi diperlukan untuk menurunkan inflasi. Kenyataan yang bernada agak hawkish.

Kecenderungan harga pada carta EUR/JPY di penghujung minggu dilihat menuju ke paras lebih rendah susulan corak bearish dipaparkan harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam carta tersebut.

Setelah penurunan semalam mencecah sekitar 147.200, harga menunjukkan lantunan semula sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat) yang mendatar di paras 148.00.

Penurunan lanjut akan dijangkakan untuk harga menuju ke zon sokongan pada 146.500 yang telah berjaya menghalang kejatuhan lebih rendah harga untuk dagangan 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

Jika tembus, harga boleh turun lebih rendah menuju zon tumpuan lebih penting iaitu pada 145.00.

Namun jika harga berjaya melonjak sehingga melepasi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk harga menyambung trend bullish sebelum ini semula.

Kenaikan harga yang berjaya tembusi paras 150.00 berkemungkinan akan menuju semula rekod ketinggian 151.60 yang telah dicapai.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat