EUR/JPY Catat Lebih 200 PIPS Penurunan Harga Sehingga Sesi Pasaran Eropah Hari Ini

559

Seperti yang telah dikongsikan dalam artikel analisis untuk pasangan matawang EUR/JPY semalam, jangkaan harga bakal membuat penurunan sekitar 100 pips. Namun, kejatuhan ketara nilai dagangan Euro semalam merekodkan lebih 200 pips penurunan harga sejak semalam sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah petang ini.

Menjadi data tumpuan utama pada dagangan semalam, penetapan kadar faedah dalam mesyuarat dasar monetari menepati ramalan jangkaan apabila European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras sifar.

Bank pusat juga telah mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang bertujuan untuk menggalakkan pengguna meminjam dan seterusnya merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

Matawang Yen dalam pasaran semasa didagangkan paling mengukuh berikutan pasaran saham yang mengalami kejatuhan ekoran kebimbangan terhadap kesihatan pertumbuhan ekonomi global. Sentimen pasaran yang berisiko akan meningkatkan permintaan Yen sebagai matawang berstatus safe-haven dengan aset berpulangan rendah yang lebih selamat akan menjadi perhatian para pelabur.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY, harga telah membuat terjunan semalam melebihi 200 pips bersambung ke sesi pasaran Eropah hari ini. Penurunan harga telah breakout zon RBS (resistance become support) pada 125.400 dan turun lebih rendah menguji zon support 124.300 berhampiran paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Paras zon support 124.300 telah diuji pada dagangan Januari dan Februari tahun ini namun harga gagal menembusi paras tersebut untuk turun ke paras lebih rendah. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan penurunan awal harga akan ke paras sekitar support 123.550 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line.

Berkemungkinan juga harga akan membuat kenaikan menguji dahulu paras tumpuan 125.400 berhampiran paras Magic Pivot hari ini untuk pasaran menilai reaksi harga pada paras tersebut.

Lihat gambar chart pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat.

Paras support: 124.204, 123.550, 122.441.

Paras resistance: 125.987, 127.076, 127.730.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat