EUR/JPY Cecah Paras Terendah Dagangan Empat Minggu!

562

Dagangan dolar Euro pada minggu ini kekal mempamerkan prestasi yang mengecewakan dengan bacaan data-data ekonomi pada zon Eropah juga masih lemah.

Inflasi di zon Eropah catat bacaan yang meleset berbanding jangkaan dan bacaan akhir data PMI pembuatan zon Eropah telah mengesahkan penguncupan pada sektor tersebut.

Berbanding dagangan Yen yang memanfaatkan sentimen berisiko pasaran, harga pada carta pasangan matawang EUR/JPY telah bergerak rendah menguji paras support pada 117.500.

Dagangan pada sesi Eropah hari ini melihatkan penurunan harga telah berjaya menembusi paras support tersebut dan mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru untuk tempoh empat minggu dagangan.

Secara teknikal, dilihat pada garisan trendline yang ditandakan dari paras ketinggian pada September lalu, harga gagal membuat kenaikan melepasi trendline tersebut di mana harga terus membuat penurunan ke paras lebih rendah semula.

Jika diperhatikan, pergerakan harga pada carta EUR/JPY adalah mendatar dalam julat 100 pips harga antara paras 118.500 dan 117.500 sejak awal dagangan minggu lalu.

Penurunan harga yang diteruskan bakal menuju pula ke paras tumpuan seterusnya dijangka sekitar 117.100 atau lebih rendah lagi.

Namun jika harga kembali melonjak membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi garisan trendline sebelum menguji zon support become resistance (SBR) pada 118.500.

JIka sentimen pasaran terus berisiko, nilai dagangan Yen akan terus meningkat dan menekan dolar Euro ke paras lebih rendah.

Lihat gambar carta harga EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat