EUR/USD Bakal Catat Paras Terendah Terbaru Untuk Tahun Ini?

794

Selepas sabar dan berwaspada terhadap pergerakan US dolar sejak awal minggu lalu, pelabur akhirnya mendapat isyarat yang jelas dengan pengukuhan US dolar susulan laporan data pekerjaan NFP untuk bulan Julai yang kukuh.

Pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) pada Julai mencatatkan bacaan lebih tinggi pada 943,000 mengatasi jangkaan untuk meningkat kepada 870,000. Sementara, kadar pengangguran juga turun mendadak kepada 5.4% lebih rendah berbanding jangkaan 5.7%, daripada 5.9% bulan sebelumnya.

Petunjuk bagi sektor pekerjaan yang memberangsangkan di AS telah melonjakkan nilai US dolar sebelum menutup dagangan minggu lalu.

Pada carta utama pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penurunan harga di sesi New York pada Jumaat susulan laporan NFP tersebut sehingga harga menutup dagangan ke paras terendah terbaru 2 minggu.

Penurunan sehingga ke paras sekitar 1.17550 itu melihatkan harga menguji zon support harga pada dagangan Julai lalu.

Menyambung dagangan pada pembukaan pasaran awal minggu ini, harga dilihat masih cuba untuk meneruskan penurunan walaupun pergerakan harga masih perlahan di awal sesi Asia pada pagi Isnin.

Harga dijangka untuk meneruskan penurunan lebih rendah menuju ke zon support 1.17000 selepas kali terakhir harga menguji zon tersebut pada penghujung Mac lalu sebelum melonjak sehingga dagangan mei.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan melepasi support tersebut berkemungkinan dijangka untuk mencecah sehingga ke paras terendah terbaru tahun ini sekitar 1.16000.

Namun, sekiranya berlaku kenaikan semula harga, paras 1.18000 dilihat akan menjadi rintangan awal sebelum harga memberi isyarat untuk pergerakan bullish semula.

Kenaikan yang diteruskan bakal menguji semula zon rintangan 1.19000 yang masih kebal untuk ditembusi setelah diuji sepanjang minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat