EUR/USD Lepasi 400 Pips Penurunan Untuk Catat Paras Terendah Terbaru 5 Tahun!

365

Pengukuhan US dolar terus sukar untuk dicabar setelah mata wang safe-haven Yen mula memaparkan penyusutan pada dagangan Rabu semalam.

Sentimen pasaran walau bagaimanapun masih lagi dinilai berisiko dengan kebimbangan terhadap ketegangan antara Rusia dan negara-negara NATO yang terlibat serta lockdown di China.

Indeks US dolar telah melonjak ke paras tertinggi 5 tahun menyaksikan raja mata wang itu terus mengekalkan dominasinya sepanjang minggu ini.

Pada sesi New York malam ini, data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku pertama 2022 bakal menjadi tumpuan dan akan turut mempengaruhi pergerakan US dolar.

Sementara mata wang Euro terus gagal membendung pengukuhan US dolar ke atasnya ekoran Eropah juga terkesan oleh faktor krisis tenaga dengan laporan terbaru berkenaan sekatan gas Rusia ke Poland.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat masih menyambung penurunan ke paras terendah terbaru 5 tahun pada dagangan Rabu semalam melengkapkan penurunan lebih 400 pips.

Setelah penurunan harga berjaya melepasi paras 1.06000, penurunan harga yang diteruskan pada sesi New York hampir menyentuh paras sasaran 1.05000 sebelum sedikit meningkat untuk menutup dagangan di penghujung sesi sekitar 1.05500.

Pergerakan yang kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD masih memberi isyarat untuk trend bearish buat harga.

Untuk sasaran bagi penurunan selanjutnya, zon 1.04000 akan menjadi tumpuan di mana sebelum ini zon tersebut menjadi support harga pada dagangan Disember 2016 yang lalu.

Namun, sekiranya US dolar mula melemah dan memaparkan arah pergerakan yang berbeza, waspada untuk kenaikan semula harga dan paras-paras tumpuan sebelum ini akan kembali diuji semula.

Antara paras yang dilihat akan diuji pada kenaikan yang dibuat adalah pada 1.07000 selepas melepasi rintangan awal pada 1.06000.

Selanjutnya zon SBR (support become resistance) pada 1.08000 pula akan mejadi tumpuan pada kenaikan yang berjaya diteruskan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat