EUR/USD Menjunam Susulan NFP, Melonjak Semula 70 Pips

570

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan pertambahan pekerjaan untuk bulan Ogos pada 1.37 juta manakala purata pendapatan per jam meningkat kepada 0.4%.

Menambahkan lagi positif pada bacaan laporan data NFP adalah kadar pengangguran yang menyusut kepada 8.4% berbanding jangkaan 9.8%, daripada 10.2% pada bulan sebelumnya.

Susulan laporan tersebut diterbitkan di sesi New York Jumaat lalu, pasaran terus memberi reaksi dengan melihatkan pengukuhan US dolar.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga telah menjunam sehingga ke paras 1.17800 di zon support.

Namun, harga kembali melonjak semula 70 pips untuk menutup dagangan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Sektor pekerjaan yang baik dipaparkan memberikan gambaran ekonomi AS semakin menunjukkan pemulihan. Namun pelabur berwaspada terhadap kenyataan penggubal polisi yang bernada dovish berkemungkinan akan memberi tekanan kepada dagangan US dolar.

Bagi matawang Euro pula, sesi Eropah pada Isnin akan memberi perhatian terhadap data pengeluaran perindustrian Jerman. Namun lebih menjadi tumpuan utama adalah keputusan mesyuarat polisi Euroepan Central Bank (ECB) pada Khamis.

Jika penurunan harga diteruskan, harga pada carta EUR/USD dijangka akan kembali menguji sekali lagi zon support 1.1800-1.17800 yang telah diuji beberapa kali sejak dagangan Ogos lalu.

Penurunan lebih rendah yang berjaya menembusi zon tersebut bakal menuju zon support seterusnya di bawah paras 1.17200.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula di atas paras halangan MA50, harga bakal menuju semula zon SBR (support become resistance) pada 1.19000.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji zon resistance pada 1.2000 yang berjaya dicapai pada minggu lalu sebelum harga kembali membuat terjunan semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat