Data Pekerjaan NFP Catat Pertumbuhan Pada Bulan Ogos – Pemain Pasaran Beri Reaksi Positif!

412

Matawang US dolar mencatat pengukuhan berbanding matawang utama pada hari berikutan data pekerjaan yang positif.

Jabatan Statistik Amerika Syarikat melaporkan bahawa ekonomi A.S telah menambah sebanyak 1.371 juta pekerjaan pada bulan Ogos. Bacaan ini selari dengan jangkaan para pakar ekonomi dan membawa indikasi bahawa pasaran buruh semakin pulih daripada impak wabak Covid-19.

Disisi lain, pekerjaan swasta meningkat sebanyak 1.027 juta, peningkatan dua kali ganda dari jangkaan para penganalisis yang dikeluarkan pada hari Rabu.

Secara keseluruhan jumlah pekerjaan meningkat sekitar 238,000 yang terkait dengan pengambilan pekerja untuk banci 2020. Kadar pengangguran pula turun lebih mendadak daripada jangkaan iaitu kepada 8.4%.

Menurut ketua penyelidikan dasar global di Cornerstone Macro, data yang dikeluarkan merupakan satu berita baik dan selari dengan strategi terbaru the Fed yang memberi penekanan kepada inflasi semasa dan tekanan yang lebih besar kepada pengangguran.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.172 setakat jam 09.55 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat