EUR/USD Tak Jadi Menjunam? Traders Kena Hati-Hati Minggu Ini

572

Carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD mula menunjukkan corak penurunan pada minggu lalu sebelum pergerakan agresif pada Jumaat.

Tekanan buat dagangan Euro apabila tumpuan pada kenyataan oleh European Central Bank (ECB) yang memberi isyarat untuk terus mengekalkan polisi monetari yang longgar berikutan faktor inflasi yang rendah dan tidak menentu.

Pada Jumaat pula, pergerakan agresif harga didorong oleh terbitan data indeks perbelanjaan di Amerika Syarikat (AS) yang meningkat kukuh, mendorong jangkaan peningkatan pada kadar inflasi sekaligus menguatkan ramalan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengurangan pembelian aset (tapering) sebelum ini.

Namun, pengukuhan US dolar hanya sementara sebelum kembali susut semula menutup tirai dagangan minggu lalu.

Penurunan harga telah melepasi zon RBS (resistance become support) pada 1.21800-1.21500 selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun, situasi pergerakan trend bearish tersebut kembali berubah apabila lonjakan semula harga melepasi zon RBS tersebut dan juga melepasi halangan MA50. Ini memberi petanda awal untuk harga menyambung semula trend kenaikan harga sebelum ini.

Memulakan dagangan minggu ini pada sesi Asia, harga turut disokong pada paras MA50 dan menunjukkan kenaikan berlegar di paras sekitar 1.22000. Pergerakan harga walau bagaimanapun masih perlahan.

Kenaikan harga yang dijangkakan akan kembali menuju semula ke zon rintangan 1.22500 yang diuji pada minggu lalu.

Untuk terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu, harga perlu mengatasi paras rintangan tersebut sebelum jangkakan kenaikan lebih tinggi ke paras sasaran seterusnya sekitar 1.23000.

Namun jika harga kembali menjunam di bawah zon sokongan 1.21800-1.21500, trend bearish harga akan mendorong penurunan menuju ke zon RBS lebih rendah pada 1.20900-1.20600.

Penurunan harga yang diteruskan boleh mencecah semula ke zon support utama pada 1.20000.

Pergerakan harga dijangka lebih perlahan pada minggu ini berikutan pelabur berkemungkinan berwaspada menjelang laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat