EUR/USD Tampilkan Corak Awal Penurunan Harga

603

Dengan laporan positif perkembangan ujian vaksin oleh Pfizer dan BioNTech yang menyatakan 90% keberkesanan vaksin mereka telah melonjakkan keyakinan pelabur pada awal dagangan minggu ini dengan melihatkan aset save-haven seperti gold dan mata wang safe-haven Yen ketara menyusut.

Namun, US dolar masih bertahan daripada mengalami kejatuhan nilai disebabkan faktor dalaman di Amerika Syarikat (AS) masih dibelenggu ketidaktentuan politik selepas berakhirnya pilihan raya.

Sentimen optimis terhadap vaksin juga mula dilihat pudar berikutan kebimbangan pelabur yang melihat kes baru jangkitan harian Coronavirus secara global mencecah 500,000 kes dengan 1 per 5 daripadanya adalah berlaku di AS.

Sementara itu, ujian vaksin SINVOVAC China di Brazil telah dihentikan selepas seorang peserta dilaporkan meninggal dunia.

Kes jangkitan di Eropah juga turut membimbangkan selepas kadar kematian di Itali, Sepanyol dan UK telah mencecah paras yang tidak pernah dilihat sejak bulan pertama pandemik.

Faktor-faktor berikut memberi kesan terhadap pergerakan semasa harga khususnya bagi mata wang US dolar dan Euro.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak mendatar selepas kejatuhan harga dari paras resistance 1.19000 di awal minggu.

Penurunan ketara dilihat pada sesi Eropah semalam mencecah paras 1.17800 pada zon RBS (resistance become support) susulan pasaran yang memberi reaksi terhadap bacaan sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang mencatatkan penurunan terendah sejak April lalu.

Pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini, harga dilihat bergerak perlahan namun masih di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang menunjukkan trend bearish.

Jika penurunan diteruskan, harga bakal melepasi zon RBS 1.18000-1.17800 dan seterusnya akan menuju ke paras sokongan sekitar 1.17200.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak melepasi halangan MA50, zon resistance 1.19000 akan kembali diuji selepas harga gagal tembusi zon tersebut di awal minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat