EUR/USD Terbantut Di Zon SBR 1.0800 Sebelum Penurunan Harga Berlaku

147

Selepas prestasi yang agak suram dipaparkan di penghujung minggu lalu, US dolar berjaya mengukuh pada dagangan pembukaan awal minggu ini.

Namun pasaran kekal berwaspada menantikan data penting yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini, iaitu laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk Januari.

Data yang menjadi indikator penting untuk Federal Reserve (Fed) menetapkan hala tuju dasar monetari mereka itu dijangka akan memberi impak besar dalam pasaran terutamanya terhadap pergerakan US dolar.

Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan minggu lalu tidak diteruskan susulan pengukuhan US dolar yang kembali menekan harga semalam.

Dapat dilihat harga menguji zon SBR (support become resistance) 1.08000 namun gagal untuk tembusinya sebelum penurunan semula harga ke paras 1.07550.

Pergerakan harga yang bersambung di sesi Asia pagi Selasa ini dilihat bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut sebagai isyarat bearish.

Penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan untuk mengatasi beberapa paras tumpuan minggu lalu seperti 1.07400 dan 1.07200.

Seterusnya, zon support utama pada 1.07000 akan menjadi sasaran untuk dicecah harga jika penurunan diteruskan untuk catatkan paras terendah terbaru 13 minggu.

Namun jika harga berjaya melonjak semula melepasi halangan MA50, zon SBR 1.08000 bakal diuji sekali lagi.

Dan jika harga tembusi zon tersebut, akan menjadi isyarat bullish untuk harga melanjutkan kenaikan lebih tinggi menuju ke zon tumpuan pada 1.09000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat