EUR/USD Terjun Untuk Hari Ke-6 Berturut-turut!

276

Walaupun data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam dengan angka yang menurun, namun US dolar dilihat berjaya mengekalkan pengukuhannya.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, penurunan harga yang berterusan hingga ke sesi New York semalam menunjukkan pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan untuk hari keenam berturut-turut.

Euro juga dilihat didagangkan dalam tekanan apabila terdapat unjuran untuk bank pusat Eropah (ECB) akan memulakan langkah pemotongan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Setelah harga mula paparkan penurunan sejak minggu lalu dari paras ketinggian 1.10000, penurunan telah dicatatkan lebih 200 pips apabila harga telah bergerak di bawah paras 1.08000 semalam.

Paras terendah dicatatkan pada penghujung sesi New York mencecah sekitar 1.07600 dan harga perlahan di sekitar tersebut menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis).

Dengan corak yang dipaparkan dan jika momentum dikekalkan, harga dilihat akan terus melanjutkan lagi penurunan lebih rendah menuju sasaran pada 1.07000.

Faktor yang dilihat mampu membalikkan arah harga semula adalah laporan pekerjaan NFP pada Jumaat sekiranya US dolar memberi reaksi negatif.

Sekiranya lonjakan berlaku semula, paras 1.08000 berkemungkinan akan diatasi semula dan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut akan cuba untuk diatasi untuk memberi isyarat pertukaran trend.

Menyambung kembali pergerakan trend bullish, kenaikan harga akan mensasarkan semula untuk mencapai ketinggian 1.10000 dan menguji zon rintangan tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat