Euro Mengukuh Ke Paras Tertinggi 1 Minggu Lalu Menjelang Penetapan Dasar ECB

53

Matawang Euro mengukuh ke paras 1 minggu tertinggi iaitu 1.1837 pada hari Khamis berikutan jangkaan bahawa pembuat dasar akan mengumumkan pelan pengurangan pembelian bon semasa mesyuarat European Central Bank (ECB) pada hari ini.

Selain itu, penganalisis menjangkakan pengukuhan Euro akan terhenti dan kembali stabil jika tiada pengumuman yang bersifat hawkish.

Walaubagaimanapun, EUR/USD kembali jatuh daripada paras tertinggi harian kepada 1.1808 setakat jam 5.30 p.m berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang penetapan dasar ECB pada malam ini.

ECB dijangka akan mengumumkan pelan pengurangan pembelian aset daripada 60 billion euro kepada separuh nilai tersebut yang akan bermula pada bulan Januari. Pasaran akan memberi tumpuan bagi menganalisis kesan pelan tersebut kepada matawang euro.

Menurut Christin Tuxen, penganalisis matawang di Danske Bank, ” Dalam situasi sekarang, adalah suatu mengejutkan sekiranya bank pusat bertindak mengubah dasar yang menyebabkan matawang euro naik lebih tinggi, walaupun kami masih lagi positif dengan unjuran matawang pada tahun 2018.”

Pembelian dua matawang Euro/Dolar meruapakan matawang yang sering didagangkan dan paling menonjol pada tahun ini iaitu sebanyak 13%.

Manakala U.S dolar menyusut sedikit sebelum naik semula setakat jam 5.30 p.m. Penyusutan ini disebabkan spekulasi calon pengganti pengerusi The Fed dan pelan reformasi cukai U.S.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sedikit sebanyak 0.08% kepada 93.60 setakat jam 5.30 petang berbanding pada hari Isnin yang mecatat paras tertinggi 2 minggu pada 94.017.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat