Euro, Pound Tunjuk Taring Di Sesi Eropah!

327

Sentimen positif dalam pasaran terus menyokong dagangan matawang utama untuk diperdagangkan lebih tinggi berbanding dolar greenback yang lemah.

Ungkapan Gabenor Federal Reserve (Fed), Lael Brainard menjadi tumpuan pasaran yang menegaskan semula komitmen bank pusat bahawa ekonomi masih mempunyai jalan yang panjang untuk pulih dan kenaikan inflasi hanya bersifat sementara.

Kenyataan tersebut telah meningkatkan semula sentimen pasaran dan memberi tekanan buat dagangan US dolar. Ucapan pegawai-pegawai Fed lain, Charles Evan dan Randal Quarles pada hari ini akan menjadi tumpuan pasaran seterusnya.

Kelemahan US dolar telah memberi peluang buat matawang euro untuk melonjak ke paras tertinggi sejak Januari pada awal sesi Eropah, dengan didagangkan mengukuh di sekitar paras harga 1.22500 berbanding USD.

Pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Yannis Stournaras mengatakan bahawa ekonomi masih tidak stabil dan menekankan tiada risiko terhadap inflasi yang tinggi. Oleh itu, tiada alasan untuk mengubah langkah dalam pelonggaran kuantitatifnya.

Sementara itu, matawang pound turut memaparkan kenaikan lebih tinggi pada sesi Eropah, walaupun dengan pergerakan harga masih bergelut untuk kembali ke atas harga 1.42000 berbanding dolar greenback.

Keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi UK yang lebih kuat terus menyokong momentum pengukuhan harga bagi matawag pound untuk terus didagangkan di sekitar tahap tertinggi sejak Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat