EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

EUR/USD naik beberapa mata selepas mengambil kejatuhan utama pada hari Jumaat, jatuh lebih 150 mata selepas pengumuman data pekerjaan AS. Pasangan matawang ini diniagakan pada 1.1323 dengan pemulihan kecil sebagai peniaga bimbang tentang positon kerajaan Greece yang malam tadi menggariskan sesuatu yang jelas. Ada kemungkinan yang semakin meningkat bahawa Greece mungkin keluar dari Kesatuan Eropah. “Jika Greece keluar dari Kesatuan Eropah, Euro akan merudum teruk,” kata Menteri Kewangan, Yanis Varoufakis dalam memberi amaran dalam komen yang mencetuskan masalah Itali.

“Keluar Greece dari Euro bukanlah sesuatu yang merupakan sebahagian daripada rancangan kami, hanya kerana kami percaya ia adalah seperti membina sebuah “rumah dari kad”. Jika anda mengeluarkan kad Greece, yang lain akan runtuh, “kata Varoufakis dalam satu temu bual dengan pemberita awam Itali RAI yang disiarkan pada hari Ahad.

Varoufakis juga menimbulkan kemarahan rakan sejawatannya dari Itali iaitu Pier Carlo Padoan dengan membandingkan masalah Itali dengan hutang awam yang besar kepada orang-orang Greece.

“Pegawai Itali … telah mendekati saya dan mengatakan bahawa mereka menyokong kami tetapi mereka tidak boleh bercakap benar kepada kedua-dua pihak, kerana Itali juga berhadapan risiko muflis dan mereka takut tindakan selanjutnya dari German,” katanya. “Awan ketakutan telah melitupi seluruh Eropah pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kami telah menjadi lebih buruk daripada bekas Kesatuan Soviet. ” kata beliau dalam bahasa perumpamaan.

Harapan telah terbina pada awal minggu lepas untuk berurusan di mana “Troika” EU, ECB dan Tabung Kewangan Antarabangsa mungkin akan bertolak ansur dari segi rangsangan ekonomi yang diberikan kepada Greece dan melanjutkannya di luar akhir bulan Februari, menghilangkan tekanan yang disebabkan oleh kerajaan baru iaitu kerajaan anti-bailout yang dibentuk oleh Parti Syriza. Tetapi kemudian ECB mencetuskan komplikasi lain ke dalam keputusan itu, mengumumkan bahawa ia tidak lagi akan menerima bon kerajaan Greek sebagai cagaran untuk pembiayaan bank pusat, meningkatkan ancaman krisis perbankan. Perintah itu berkuat kuasa hari yang sama mesyuarat ini dijalankan. Terdapat banyak yang dipertaruhkan dalam perhimpunan ini.

Terdapat data berimpak sederhana hari ini pada jam 3.45PM iaitu French Industrial Index dan pasaran juga akan terkesan melalui ucapan lain dari ahli FOMC pada malam ini bagi US Dollar.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat