EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Jul 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar memacu naik lebih 180 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1215 sebelum menutup sekitar paras 1.1155; selepas kerajaan Greece mengemukakan pelan berwibawa kepada Eurogroup dan pemiutang mereka. Pelan ini diambil serius oleh pemimpin Euro dengan semua komen positif terhadapnya.  Euro mendapat sokongan belian lantaran tanda-tanda rancangan pembaharuan yang dikemukakan oleh Greece lewat Khamis, yang mungkin diluluskan oleh pemiutangnya dan pemimpin Eropah yang lain.

“Mungkin kebaikan krisis Grexit yang masih belum dapat diselesaikan ialah pembuat dasar Eropah akhirnya boleh mula menangani kelemahan struktur semasa dan mula mencipta penyelesaian pan-Eropah untuk memastikan kesatuan kewangan Eropah tidak terjejas,” menurut Boris Schlossberg, Pengarah Urusan strategi FX di BK Asset Management.

Institusi yang telah mengawasi keadaan kewangan Greece – Suruhanjaya Eropah, Bank Pusat Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa – boleh keluar dengan penilaian mereka terhadap permintaan Greece untuk bantuan daripada dana kecemasan Euro-Zone, menurut seorang jurucakap pengerusi Eurogroup yang mewakili menteri-menteri kewangan Euro-Zone.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat