EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Jan 2016

35

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar merudum lebih 80 pips dalam dagangan terakhir 2015 Khamis lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0850 sebelum menutup sekitar paras $1.0870; setelah selera untuk pengambilan risiko melemahkan matawang tunggal Kesatuan Eropah dan tekanan dari kontrak jualan baru mungkin menimbang semula kadar tukaran EUR/USD. Pelabur mencari aset yang lebih berisiko, termasuk saham dan matawang pasaran negara membangun, selepas pemulihan harga minyak merangsang sentimen.

Selera risiko yang lebih besar menyakiti Euro, yang dilihat trader sebagai matawang pembiayaan yang lebih selamat, memandangkan kadar ECB yang rendah. “Kami telah mempunyai pemulihan dalam selera untuk risiko pada hari terakhir dagangan 2015,” menurut Greg Anderson, ketua strategi FX global di BMO Capital Markets, New York. Para trader yang telah membuak kontrak belian selepas rangsangan Bank Pusat Eropah lebih kecil daripada yang dijangkakan, pada awal bulan lalu, mungkin kini telah mula membuka kontrak jualan semula; memandangkan kemungkinan bahawa kadar yang lebih tinggi di Amerika Syarikat akan terus meningkatkan nilai Dollar.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Euro-Zone akan melaporkan inflasi Jerman yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.2% untuk bulan Disember dan Sepanyol pula bakal melaporkan PMI pembuatan yang dijangka kekal stabil pada 53.1 mata.  Malamnya pula, Amerika Syarikat bakal melaporkan PMI pembuatan yang juga dijangka meningkat dari 48.6 mata kepada 49.1 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat