Facebook Malaysia Sasarkan Lebih 300 Peniaga Tempatan Dengan Peruntukan RM3.2 Juta

909

Untuk pengetahuan Facebook Malaysia telah melancarkan program terbaru, Geran Perniagaan Kecil-kecilan dengan peruntukan sebanyak RM 3.2 juta untuk menyokong lebih daripada 300 peniaga yang terkesan dengan pandemik.

Sedia maklum, keadaan perniagaan kecil-kecilan berada di paras kritikal ketika mereka merupakan tunjang utama ekonomi negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 38.9%, 48.4% pekerjaan dan 17.9% bagi perniagaan eksport.

Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan menjelaskan pihak mereka akan berusaha membangunkan keperluan digital bagi menyokong perniagaan tersebut untuk kekal bertapak dengan norma baharu.

Antara usaha yang telah dijalankan bagi membantu golongan peniaga kecil-kecilan dan sederhana kecil termasuklah Facebook Shops dan Facebook Business Suites.

Setiap Geran Perniagaan Kecil-kecilan berjumlah RM9,400, merangkumi RM5,900 tunai dan RM3,500 kredit pilihan pengiklanan.

Bagi peniaga yang berminat, anda boleh mula memohon bermula pada hari ini, 6 Oktober sehingga 12 Oktober 2020.

Jika perniagaan anda tiada akaun Facebook, jangan bimbang kerana ia tidak termaktub di dalam syarat yang dikenakan.

Peniaga juga perlu pastikan perniagaan tersebut memiliki sekurang-kurangnya 2 hingga 50 pekerja dan telah beroperasi lebih dari satu tahun, termasuk berhadapan dengan cabaran pandemik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat