Facebook Peruntuk Lebih RM209 Juta Untuk Hasilkan Metaverse

698

Platform media sosial terbesar dunia, Facebook dikatakan akan memperuntukkan sebanyak $50 juta (RM209.15 juta) dalam tempoh dua tahun untuk merealisasikan impian menjadi sebuah firma metaverse.

Ini bukan perkara baru kerana sejak Jun lagi CEO Facebook, Mark Zuckerberg sudah memberi hint mahu menjadikan Facebook sebagai syarikat metaverse sebelum mengumumkan Program XR dan Dana Kajian sebagai sokongan kepada projek ini.

Inisiatif $50 juta ini turut melibatkan beberapa rakan kongsi termasuk Organization of American States, Women in Immersive Tech, serta organisasi Afrika seperti Electric South, Africa No Filter, dan Imisi3D.

Facebook juga akan berbincang dengan barisan pengkaji dari Seoul National University, The University of Hong Kong, dan National University of Singapore.

Secara ringkasnya, metaverse merupakan sebuah reruang kongsi atas talian di mana penggunanya ditampilkan secara coexist dalam bentuk avatar 3D dan boleh berhubung antara satu sama lain.

Antara contoh terdekat media hiburan yang telah mengaplikasikan metaverse: Snow Crash, Ready Player One, serta platform berasaskan Ethereum, Decentraland dan CryptoVoxels.

Metaverse boleh dianggap sebagai peluang terbuka kepada pengalaman baharu permainan dan sosial, termasuk mendorong perubahan sifat kerja dan menampung peluang ekonomi digital baharu kepada pengguna seluruh dunia.

Untuk lebih mudah, ia menyerupai bagaimana ciri organisasi aunotomi desentralisasi (DAO) mampu menggantikan syarikat-syarikat konvensional.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat