Fed Dudley: Saya Melihat Satu Lagi Kenaikan Kadar Faedah

70

William Dudley salah seorang ahli The Fed yang berpengaruh dalam komennya pada Isnin menjangka satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini dan pengurangan penyata imbangan dalam masa terdekat. Komen beliau dilihat mengembalikan semula keyakinan kepada perancangan pengetatan polisi monetari The Fed.

Dalam temubual tersebut Presiden Fed cawangan New York ini yang mempunyai hubungan rapat dengan Janet Yellen turut memberi isyarat kepada pentadbiran Trump agar tidak mempolitikkan keputusan bank pusat.

“Ia bergantung kepada bagaimana ramalan ekonomi berubah,” kata Dudley. “Jika ia berubah sejajar dengan jangkaan saya… saya sudah tentu menyokong kenaikan sekali lagi kadar faedah tahun ini.”

Bank pusat telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini, dan dijangka ada lagi satu kenaikan berdasarkan ramalan (dot-plot) The Fed. Namun, kemelesetan data inflasi sejak beberapa bulan lalu telah meningkatkan keraguan pelabur terhadap kenaikan kadar faedah pada Disember.

The Fed juga telah memberikan panduan kepada pasaran bahawa mereka berkemungkinan akan mengurangkan pegangan bon dalam penyata imbangan pada tahun ini.

“Saya tidak rasa jangkaan pemain pasaran tidak munasabah,” kata Dudley yang mempunyai undi tetap dalam penetapan polisi apabila ditanya sama ada jangkaan pengumuman pengurangan penyata imbangan pada September adalah tepat.

Selain itu, terdapat juga spekulasi tentang siapakah yang akan dipilih oleh Presiden Trump sebagai Pengerusi Fed selepas penggal Yellen berakhir pada Februari. Trump sendiri telah menyatakan calon-calon ketika ini adalah penasihat ekonomi beliau Gary Cohn dan Yellen.

Apabila ditanya tentang Cohn, Dudley berkata beliau adalah “calon yang munasabah… yang mengetahui banyak tentang pasaran kewangan.” Kedua-dua mereka adalah alumni Goldman Sach.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat